Wednesday 21 March 2012

kerana ERRA FAZIRA

Tuesday 6 March 2012

DOLLY PARTON & KENNY ROGERS-ISLAND IN THE STREAM

Monday 5 March 2012

6ixth Sense feat Saujana - Penerang Hati (lirik).

MOHON KEMAAFAN ........6/3/2012 bersamaan 13 Rabiulakhir 1433H

ASSALAMUALAIKUM...............

Sebagai seorang insan yang lemah lagi dhaif dengan ini saya menyusun kesepuluh jari saya ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki saya kepada insan yang amat-amat saya hormati, sanjungi dan sayangi didalam hidup saya iaitu N---------. Segala apa bentuk luahan perasaan dari saya selama beberapa hari ini adalah dari sikap saya yang marah di mana tidak dapat mengawal emosi saya.

N seorang lelaki yang hadir didalam hidup saya amat-amat mencintai dan mengambil berat tentang diri saya dan keluarga saya begitu jugak saya membalasnya dengan perkara yang sama dan menerima dia seadanya. bukan harta kekayaan idaman saya tetapi insan yang benar-benar ikhlas terhadap diri saya yang dahagakan kasih sayang dari insan yang bergelar suami. N seorang lelaki yang tinggi ilmu agamanya dimana itu lah ciri-ciri lelaki idaman saya dari dulu lagi. Alhamdulillah akhirnya Tuhan mempertemukan kami berdua.

Tidak dapat di nafikan sebagai manusia kita tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan yang sengaja maupun tidak, jadi dengan rasa rendah diri saya ingin memohon ampun dan maaf dari N diatas kekasaran sikap, keterlanjuran kata-kata saya yang banyak menguris hati N. Sebenarnya tiada niat dan tujuan langsung untuk menyakiti hatinya tetapi sebagai insan yang lemah lagi dhaif ini saya tidak mampu mengawal perasaan ketika marah.

Pengakuan maaf yang saya buat untuk N adalah ingin membuktikan kepada N yang saya amat-amat menyayangi dirinya dan berharap agar N boleh memaafkan dan menerima saya kembali di sisinya hingga ke akhir hayat kami berdua. Semuga pintu hati N terbuka dengan ikhlas untuk menerima dan bersama  saya seperti diawal perhubungan kami. Mudah-mudahan.

Sekian.
ma sayang pa
#nazie#